SuperNerdy
Assalamualaikum

Navigation : Hover the image



Entries Owner Link Goodies
Hello and Assalamualaikum guys. Welcome here . I am Nurul Aini. Owner of this skin. Please don't remove a credit.

Bold

Underline

Blockquote
Strike




Shoutbox





Put your shoutbox here

Thanks

Template : Nurul Aini
Owner : SuperNerdy
Other : Favim Adobe Background
i miss us
Wednesday, December 18, 2013 | 12:33 AM






i want you back , 
& i miss us.

stop telling me that , 
i will be fine without you. 

no ! i am not,
i will be in pain.

stop making me like this,
come back to me.

just stop, 
making me unhappy 







Thanks for reading. Do leave a comment.


promise me
Friday, September 6, 2013 | 2:08 AM







Saya cabar awak untuk berjanji dengan saya .. ada berani ?? 
















































































































































































































































promise me . you won't forget 
our laughs . our jokes . our smiles .
our conversations . our memories . 
our experiences . our friendship 

i do love you :) 
you are my best friend xD 

sincerely , 
EHFAN 



Thanks for reading. Do leave a comment.


KKGeo : RUmusan :
Thursday, April 25, 2013 | 2:05 AM



RUMUSAN
Pengangkutan awam ialah sistem pengangkutan yang mana penumpang tidak bergerak menggunakan kenderaan sendiri .Jenis pengangkutan awam yang terdapat di kawasan kajian saya ialah bas , kapal terbang , kereta dan sebagainya .Pengangkutan awam adalah penting di kalangan golongan yang kurang mampu membeli kereta kerana ia meningkatkan mobiliti penduduk terutama yang tidak mempunyai kenderaan. Kepentingan lain ialah menjimatkan wang,membuka peluang pekerjaan dan menjimatkan kos bahan api .Walaubagaimanapun, penduduk di Pengkalan Chepa  menghadapi beberapa masalah berkaitan pengangkutan awam seperti pencemaran udara ,pencemaran bunyi , kekurangan tempat letak kenderaan dan kecuaian dan sikap pemandu yang tidak berhati-hati.Saya mencadangkan beberapa langkah untuk mengurangkan masalah-masalah tersebut seperti mengadakanpendidikan alam sekitar diadakan di sekolah , penapis asap,mengenakan tindakan tegas kepada pesalah dan dasar pembangunan kerajaan .

Saya berharap pihak kerajaan akan perihatin terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk di Pengkalan Chepa. Saya bangga kerana pihak kerajaan berusaha memperbaiki perkhidmatan bas , teksi dan kapal terbang di Pengkalan Chepa .


Thanks for reading. Do leave a comment.


KKGeo : Cadangan :
| 2:04 AM



Terdapat juga beberapa cadangan bagi mengatasi masalah pencemaran udara di sekitar kawasan Pengkalan Chepa. Antara cara-cara untuk mengatasi masalah pencemaran udara ialah dengan mengadakan pendidikan alam sekitar di sekolah .Guru-guru sekolah haruslah bersikap prihatin terhadap alam sekitar dan bersifat cintakan alam sekitar. Hal ini penting supaya setiap guru dapat menanamkan perasaan cinta alam sekitar kepada pelajar-pelajar melalui pendidikan moral di sekolah.
Selain itu, pengguna juga boleh menggunakan penapis asap. Penggunaan teknologi moden seperti penapis udara yang dipasang pada ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian telah dapat mengurangkan kadar gas karbon monoksida yang dilepaskan. Hal ini akan dapat mengurangkan kadar pencemaran udara di sekeliling.
Di samping itu, kerajaan seharusnya mengenakan tindakan tegas terhadap pemilik bas sekolah atau mendenda syarikat bas dan teksi yang mengeluarkan asap kotor .Ini kerana,asap kotor yang dikeluarkan oleh kenderaan mampu menipiskan lapisan ozon .Keadaan ini menyebabkan lebih banyak sinaran ultra ungu sampai ke permukaan bumi.
Akhir sekali , dasar pembangunan kerajaan  juga perlu - sistem tiket bersepadu-1 tiket 1 Perjalanan, Mempertingkatkan perkhidmatan bas pengantara ke stesen rel, Menambah tempat letak kereta di stesen rel utama, Sistem Pengangkutan Pintar (ITS), menambahkan kapasiti pengangkutan bas awam, menambahkan laluan bas dan sebagainya. 
Saya bersyukur pelbagai langkah sedang dijalankan oleh pelbagai pihak untuk menjaga alam sekitar di Pengkalan Chepa. Saya berharap semua pengguna pengangkutan awam mampu menjaga alam sekitar terutama sekali udara yang kita hirup . Saya juga berasa amat bangga kerana pihak kerajaan  sentiasa mengutamakan alam sekitar dan berusaha untuk memelihara dan memulihara alam sekitar .


Thanks for reading. Do leave a comment.


KKGeo : Masalah :
| 2:01 AM


Terdapat beberapa masalah perkembangan pengangkutan di Pengkalan Chepa . Antaranya ialah pencemaran udara . Akibat penggunaan diesel oleh bas dan lori menghasilkan jelaga hitam semasa pelepasan asap ekzos menyebabkan penipisan lapisan ozon . Sebagai contohnya , penyelenggaran bas dan lori yang mengeluarkan asap kotor .
Selain itu ,pencemaran bunyi turut menyumbang kepada permasalahan perkembangan pengangkutan di Pengkalan Chepa . Bunyi yang dikeluarkan oleh kapal terbang yang berlepas dan mendarat berdekatan dengan kawasan perumahan menjejaskan keselesaan penduduk yang tinggal berhampiran dengan landasan kapal terbang .
Di samping itu , kekurangan tempat letak kereta di stesen bas menyebabkan kereta  diletakkan sesuka hati di bahu atau ditepi jalan. Dengan itu,laluan menjadi sempit. Kekurangan bas awam turut menyumbang kepada kesesakan lalu lintas. Ini demikian kerana ,bas tidak mengikut jadual yang telah ditetapkan . Dengan ini,para penumpang digalakkan mengggunakan kenderaan sendiri. Oleh sebab itu,keadaan sebegini dapat meningkatkan kesesakan lalu lintas.
Malah, pengangkutan awam turut terjejas akibat tindakan segelintir pekerja mereka seperti pemandu teksi dan pemandu bas yang tidak sopan ketika memandu. Sering kali masyarakat mengadu kerakusan pemandu pengangkutan awam di jalan raya yang dibuktikan oleh meningkatkan kemalangan yang melibatkan pengangkutan awam ini. Sikap tidak prihatin mereka ini telah memberi satu imej negatif kepada semua pekerja yang bekerja dalam sistem pengangkutan awam negara. Sesungguhnya, semua pekerja pengangkutan awam harus diberi satu kursus untuk memastikan mereka lebih mesra pelanggan dan bukannya dibenci oleh pelanggan.Sikap segelintir pemandu yang tidak bertanggungjawab juga merupakan salah satu daripada masalah perkembangan pengangkutan.

Sikap pemandu teksi yang  tidak bertanggung jawab dan tidak menggunakan meter teksi menyebabkan pemandu teksi mengenakan
tambang sesuka hati dan lebih mahal terutama pada pelancong.
Nilai bertanggungjawab oleh pemandu pengangkutan awam terutamanya bas dan teksi untuk sentiasa berhati-hati semasa memandu. Kita pengguna jalan raya di Pengkalan Chepa  hendaklah bekerjasama untuk mengurangkan masalah pengangkutan awam di sini.



Thanks for reading. Do leave a comment.


KKGeo : kepentingan :
| 2:00 AM



Hasil daripada pemerhatian saya , terdapat beberapa kepentingan perkembangan pengangkutan di Pengkalan Chepa. Dalam mengharungi arus globalisasi pada masa ini, sistem pengangkutan awam di nusa kita makin hari makin maju dan giat dipertingkatkan oleh pihak kerajaan. Sehubungan dengan itu, penubuhan syarikat pengangkutan awam di negara kita kian banyak, bak cendawan tumbuh selepas hujan. Oleh itu, terdapat pelbagai jenis pengangkutan awam disediakan oleh pihak kerajaan yang berjiwa rakyat untuk penduduk di Malaysia bagi mengelakkan berlakunya masalah kesesakan lalu lintas seperti teksi, bas, Monorel Kuala Lumpur, Sistem Aliran Ringan (LRT), Komuter dan sebagainya. 
        Penggunaan pengangkutan awam juga dapat menjimatkan masa dan kos perjalanan. Sebagai contohnya, ERL dapat memendekkan masa perjalanan jika dibandingkan dengan penggunaan kereta. Tambang pengangkutan awam seperti komuter dan LRT juga amat berpatutan jika dibandingkan dengan masa perjalanannya yang telah disingkatkan. Oleh itu, jika dibandingkan antara pengangkutan awam dengan kenderaan biasa, masyarakat akan mendapat manfaat sekiranya menggunakan pengangkutan awam. Harga petrol yang tidak menentu di pasaran global telah memberikan impak yang negatif kepada rakyat yang menggunakan kenderaan peribadi. Oleh hal yang demikian, banyak perbelanjaan boleh dijimatkan sekiranya orang ramai menggunakan pengangkutan awam.
    Di samping itu, pengangkutan awam juga membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat . Dengan ini , taraf hidup ekonomi masyarakat akan meningkat . Antara peluang pekerjaan dalam bidang pengangkutan adalah pemandu teksi , pemandu bas , penjual tiket LRT dan sebagainya.
Penduduk yang tidak mempunyai kereta sendiri atau yang berpendapatan rendah bergantung sepenuhnya kepada pengangkutan awam untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.
 Di bandar, sebahagian besar penyediaan kemudahan adalah untuk memenuhi permintaan bergerak daripada pengguna, dari satu tempat kepada satu tempat yang lain.
Saya bersyukur pengangkutan awam di kawasan kajian saya telah memberi banyak faedah dari segi mobiliti, kos dan peluang pekerjaan kepada penduduk di kawasan kajian saya . Penduduk di kawasan kajian saya bersyukur kerana kemudahan bas City Liner disediakan berhampiran dengan tempat tinggal mereka . Ini kerana , kemudahan tersebut dapat membantu mereka dalam kehidupan seharian 


Thanks for reading. Do leave a comment.


KKGeo : jenis-jenis :
| 1:59 AM



Pengangkutan awam merupakan alat pengangkutan utama bagi setiap
penduduk untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Oleh sebab itu,
pengangkutan awam hendaklah memenuhi beberapa ciri antaranya ialah mempunyai
masa yang tepat, kekerapan yang tinggi, sentiasa ada, cepat, selamat, mudah
diperolehi, selesa, dan murah. Daripada pemerhatian yang saya jalankan di kawasan kajian saya , terdapat beberapa jenis Pengangkutan awam yang digunakan iaitu bas , kapal terbang , van dan sebagainya .
Bas City Liner kerap diguna oleh orang ramai . Bas City Liner kerap lalu di Pengakalan Chepa pada setiap 25 minit . Ini kerana , terdapat beberapa perhentian bas di sekitar kawasan Pengakalan Chepa . Bas ini mula berkhidmat pada pukul 6.55pagi sehingga 11.00  malam . Tambang perjalanan bergantung kepada perjalanan kita . Pihak Bas Cityliner juga memperkenalkan “Fast Pass” iaitu Sistem Tiket Elektronik terkini yang digunakan oleh Cityliner yang membolehkan nilai disimpan di dalam kad, butir perjalanan direkodkan dan nilai tambang setiap perjalanan ditolak daripada nilai simpanan di dalam kad. Dikhaskan untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah sahaja, pelajar berpakaian seragam, Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas (berumur 60 tahun ke atas).
Kapal terbang Firefly juga merupakan pengangkutan awan yang digunakan oleh orang ramai yang hendak ke luar negeri atau ke luar negara . Kapal terbang Firefly kerapa lalu di Pengakalan Chepa pada setiap 1 jam 5 minit . Kapal terbang Firefly berkhidmat seawal pukul 7.20 pagi sehingga 10.20 malam .  Tambang perjalanan domestik hanyalah RM 45 sahaja .
Van sama ada van sekolah atau van pekerja adalah salah satu daripada pengangkutan awam harian penduduk di kawasan kajian saya. Van sekolah semestinya digunakan oleh pelajar sekolah kerana
mungkin ibu bapa mereka sibuk untuk menghantar dan menjemput mereka pulang dari sekolah.Van pekerja pula digunakan oleh majikan untuk mengambil dan menghantar pulang


Thanks for reading. Do leave a comment.