SuperNerdy
Assalamualaikum

Navigation : Hover the image



Entries Owner Link Goodies
Hello and Assalamualaikum guys. Welcome here . I am Nurul Aini. Owner of this skin. Please don't remove a credit.

Bold

Underline

Blockquote
Strike




Shoutbox





Put your shoutbox here

Thanks

Template : Nurul Aini
Owner : SuperNerdy
Other : Favim Adobe Background
KKGeo : Masalah :
Thursday, April 25, 2013 | 2:01 AM


Terdapat beberapa masalah perkembangan pengangkutan di Pengkalan Chepa . Antaranya ialah pencemaran udara . Akibat penggunaan diesel oleh bas dan lori menghasilkan jelaga hitam semasa pelepasan asap ekzos menyebabkan penipisan lapisan ozon . Sebagai contohnya , penyelenggaran bas dan lori yang mengeluarkan asap kotor .
Selain itu ,pencemaran bunyi turut menyumbang kepada permasalahan perkembangan pengangkutan di Pengkalan Chepa . Bunyi yang dikeluarkan oleh kapal terbang yang berlepas dan mendarat berdekatan dengan kawasan perumahan menjejaskan keselesaan penduduk yang tinggal berhampiran dengan landasan kapal terbang .
Di samping itu , kekurangan tempat letak kereta di stesen bas menyebabkan kereta  diletakkan sesuka hati di bahu atau ditepi jalan. Dengan itu,laluan menjadi sempit. Kekurangan bas awam turut menyumbang kepada kesesakan lalu lintas. Ini demikian kerana ,bas tidak mengikut jadual yang telah ditetapkan . Dengan ini,para penumpang digalakkan mengggunakan kenderaan sendiri. Oleh sebab itu,keadaan sebegini dapat meningkatkan kesesakan lalu lintas.
Malah, pengangkutan awam turut terjejas akibat tindakan segelintir pekerja mereka seperti pemandu teksi dan pemandu bas yang tidak sopan ketika memandu. Sering kali masyarakat mengadu kerakusan pemandu pengangkutan awam di jalan raya yang dibuktikan oleh meningkatkan kemalangan yang melibatkan pengangkutan awam ini. Sikap tidak prihatin mereka ini telah memberi satu imej negatif kepada semua pekerja yang bekerja dalam sistem pengangkutan awam negara. Sesungguhnya, semua pekerja pengangkutan awam harus diberi satu kursus untuk memastikan mereka lebih mesra pelanggan dan bukannya dibenci oleh pelanggan.Sikap segelintir pemandu yang tidak bertanggungjawab juga merupakan salah satu daripada masalah perkembangan pengangkutan.

Sikap pemandu teksi yang  tidak bertanggung jawab dan tidak menggunakan meter teksi menyebabkan pemandu teksi mengenakan
tambang sesuka hati dan lebih mahal terutama pada pelancong.
Nilai bertanggungjawab oleh pemandu pengangkutan awam terutamanya bas dan teksi untuk sentiasa berhati-hati semasa memandu. Kita pengguna jalan raya di Pengkalan Chepa  hendaklah bekerjasama untuk mengurangkan masalah pengangkutan awam di sini.



Thanks for reading. Do leave a comment.



|