SuperNerdy
Assalamualaikum

Navigation : Hover the image



Entries Owner Link Goodies
Hello and Assalamualaikum guys. Welcome here . I am Nurul Aini. Owner of this skin. Please don't remove a credit.

Bold

Underline

Blockquote
Strike




Shoutbox





Put your shoutbox here

Thanks

Template : Nurul Aini
Owner : SuperNerdy
Other : Favim Adobe Background
KKGeo : kepentingan :
Thursday, April 25, 2013 | 2:00 AM



Hasil daripada pemerhatian saya , terdapat beberapa kepentingan perkembangan pengangkutan di Pengkalan Chepa. Dalam mengharungi arus globalisasi pada masa ini, sistem pengangkutan awam di nusa kita makin hari makin maju dan giat dipertingkatkan oleh pihak kerajaan. Sehubungan dengan itu, penubuhan syarikat pengangkutan awam di negara kita kian banyak, bak cendawan tumbuh selepas hujan. Oleh itu, terdapat pelbagai jenis pengangkutan awam disediakan oleh pihak kerajaan yang berjiwa rakyat untuk penduduk di Malaysia bagi mengelakkan berlakunya masalah kesesakan lalu lintas seperti teksi, bas, Monorel Kuala Lumpur, Sistem Aliran Ringan (LRT), Komuter dan sebagainya. 
        Penggunaan pengangkutan awam juga dapat menjimatkan masa dan kos perjalanan. Sebagai contohnya, ERL dapat memendekkan masa perjalanan jika dibandingkan dengan penggunaan kereta. Tambang pengangkutan awam seperti komuter dan LRT juga amat berpatutan jika dibandingkan dengan masa perjalanannya yang telah disingkatkan. Oleh itu, jika dibandingkan antara pengangkutan awam dengan kenderaan biasa, masyarakat akan mendapat manfaat sekiranya menggunakan pengangkutan awam. Harga petrol yang tidak menentu di pasaran global telah memberikan impak yang negatif kepada rakyat yang menggunakan kenderaan peribadi. Oleh hal yang demikian, banyak perbelanjaan boleh dijimatkan sekiranya orang ramai menggunakan pengangkutan awam.
    Di samping itu, pengangkutan awam juga membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat . Dengan ini , taraf hidup ekonomi masyarakat akan meningkat . Antara peluang pekerjaan dalam bidang pengangkutan adalah pemandu teksi , pemandu bas , penjual tiket LRT dan sebagainya.
Penduduk yang tidak mempunyai kereta sendiri atau yang berpendapatan rendah bergantung sepenuhnya kepada pengangkutan awam untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.
 Di bandar, sebahagian besar penyediaan kemudahan adalah untuk memenuhi permintaan bergerak daripada pengguna, dari satu tempat kepada satu tempat yang lain.
Saya bersyukur pengangkutan awam di kawasan kajian saya telah memberi banyak faedah dari segi mobiliti, kos dan peluang pekerjaan kepada penduduk di kawasan kajian saya . Penduduk di kawasan kajian saya bersyukur kerana kemudahan bas City Liner disediakan berhampiran dengan tempat tinggal mereka . Ini kerana , kemudahan tersebut dapat membantu mereka dalam kehidupan seharian 


Thanks for reading. Do leave a comment.



|